Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Ar 1. kata, perkataan; ~ yg sah perkataan yg benar; 2. pendapat, fikiran: adalah Sat Malangkai itu pd setengah ~ Bugis, ke-turunan puteri Balkis; 3. niat yg disertai dgn janji akan melakukan sesuatu (apabila permin­taannya diluluskan), nazar: adalah pd hari ini sahaja hendak melepaskan ~ sahaya; membayar (melepaskan) ~ melepaskan nazar (menunaikan niat dan janji); 4. ark janji yg diikrarkan teguh-teguh; hidup tidak kerana ~, mati tidak kerana sumpah prb hidup mati terletak di tangan Tuhan; berkaul berniat atau berjanji hendak me­lakukan sesuatu (apabila permintaannya di­luluskan atau makbul), bernazar: di gunung itu ada sebuah makam di dlm sebuah gua tempat orang ~ dan bernazar; ~ kpd (ke tempat) keramat prb meminta sesuatu hen­daklah pd tempatnya; mengaulkan menazarkan, meniatkan, mendoakan: akan baginda itu kasih akan cucu baginda Sultan Menawar Shah drpd Sultan Mahmud, maka sangatlah dikaulkan baginda Sultan Mahmud biar mati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : rabuk (sj serabut yg terdapat pd pohon enau dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 apa-apa yg diucapkan; berita; perkataan. ~ yg sah perkataan yg benar. 2 pendapat; fikiran: Pd setengah-setengah ~, Sat Malangkai itu orang Bugis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : niat yg disertai janji akan melakukan sesuatu apabila cita-citanya tercapai; nazar: membayar ~ melepaskan nazar. berkaul berniat akan melakukan sesuatu apabila cita-citanya tercapai; bernazar: Dia ~ hendak berpuasa tiga hari jika anaknya lulus ujian tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kaul