[ke.bang.ki.tan] | کبڠکيتن
Definisi : 1. kebangunan, kesedaran serta kegiatan yg membawa kemajuan: ~ bangsa Asia; ~ Islam sebenarnya harus didukung oleh tradisi ilmu yg mampu melahirkan tamadun besar; 2. pemberontakan: mereka mendakwa bahawa adanya penceroboh-penceroboh itu sbg satu ~ dr dlm negeri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ke.bang.ki.tan] | کبڠکيتن
Definisi : 1 hal bangkit: Parti itu menggalakkan ~ semangat kebangsaan Melayu. 2 hal dibangkitkan kembali: Ayat ini membuktikan adanya hari kiamat dan ~ selepas mati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)