[ke.cai] | کچاي
Definisi : ; berkecai, berkecai-kecai, terkecai 1. pecah kecil-kecil (spt kaca yg jatuh terhempas), hancur, bersepai, remuk; 2. koyakkoyak (kain, kertas, dll) hingga menjadi kepingan yg kecil-kecil, hancur: surat itu dikoyak-koyaknya hingga menjadi berkecai-kecai; mula-mula orang tidak percaya bahawa mayat yg sudah hancur ~ itu ialah mayat Buyung; 3. ki hancur, musnah: harapan seorang ibu melihat anak sulung, menantu dan empat orang cucunya berbuka puasa bersamanya ~ apabila mereka terkorban dlm satu kemalangan semalam; mengecaikan menjadikan atau menyebabkan berkecai, menghancurkan: kemalangan itu telah ~ harapannya; ®ketai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ke.cai] | کچاي
Definisi : ; berkecai pecah menjadi kecil (bkn kaca dsb); hancur; remuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)