Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; berkecai, berkecai-kecai, terkecai 1. pecah kecil-kecil (spt kaca yg jatuh ter­hempas), hancur, bersepai, remuk; 2. koyak­koyak (kain, kertas, dll) hingga menjadi kepingan yg kecil-kecil, hancur: surat itu dikoyak-koyaknya hingga menjadi berkecai-kecai; mula-mula orang tidak percaya bahawa mayat yg sudah hancur ~ itu ialah mayat Buyung; 3. ki hancur, musnah: harapan seorang ibu melihat anak sulung, menantu dan empat orang cucunya berbuka puasa bersamanya ~ apabila mereka terkorban dlm satu kemalangan semalam; mengecaikan menjadikan atau menyebab­kan berkecai, menghancurkan: kemalangan itu telah ~ harapannya; ®ketai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; berkecai pecah menjadi kecil (bkn kaca dsb); hancur; remuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kecai.

Puisi
 

Kain batik berkecai-kecai,
     Mana sekecai dimakan gagak;
Jangan saya terintai-intai,
     Kalau hendak ke mari dekat.


Lihat selanjutnya...(2)