Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.dal] | کدل

Definisi : 1. sj penyakit kulit (yg membuat kulit bertelau-telau atau berbelang-belang); 2. bertelau-telau (berbelang-belang) putih pd kulit: Raja China pun sakit, lalu ~ semuanya tubuh baginda; ~ anjing telau (belang-belang) kecil pd kulit (kerana penyakit kusta); ~ gajah kedal yg menimbulkan telau (belang-belang) besar; ~ tulah sl kedal yg menghinggapi seseorang kerana kedaulatan raja: telah pagi hari dilihatnya puteri itu ~ tulah sebab dijamah baginda itu; menggetil puncak ~ orang prb menyakiti hati orang dgn sindiran atau per­buatan; berkedal Mn dihinggapi penyakit kedal, bertelau-telau; muka licin, ekor ~ prb a) baik pd lahirnya sahaja (tidak pd batinnya); b) pd lahirnya hidup mewah tetapi sebenarnya ba­nyak hutang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.dal] | کدل

Definisi : penyakit kulit yg menyebabkan kulit menjadi bertelau-telau atau berbelang-belang. ~ anjing belang-belang kecil pd kulit kerana menghidap penyakit kusta. ~ gajah kedal yg menimbulkan belang-belang besar pd kulit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kedal

Peribahasa

Mengubik (= mengelupaskan) kepala kudis orang.

Bermaksud :

Membukakan rahsia orang. (Bandingkan dengan: Menggetil puncak kedal orang). mengubik = mengupas dengan kuku.

 

Lihat selanjutnya...(3)