Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj burung, kepala besar, kepala rapang; ~ besar sj burung, Pluvialis squatarola; ~ kelicap = ~ pasir, sj burung, Actitis hypoleucos; ~ padang sj burung, Glareola pranticola; ~ pantai sj burung, kaki dian, Charadrius alexandrinus; laksana ~, di mana pantai terjengget-jengget (tercunggit-cunggit) prb orang yg sentiasa tidak tetap kelakuannya; berkedidi = bersikedidi berjalan terjongket-­jongket (terlompat-lompat); kudidi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : nama sj burung, Charadius spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kedidi.

Puisi
 

Burung kedidi terbang ke pantai,
     Terbang mari berkawan-kawan;
Ingin nak petik buah di tangkai,
     Takut pula rosak sedahan.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Laksana kedidi: sedikit hujan banyak bermain.

Bermaksud :

Suka membesar-besarkan perkara yang kecil.

 

Lihat selanjutnya...(2)