[ké.ko/] | کيکوق
Definisi : (kékok) 1. kaku ketika berbuat sesuatu (kerana belum biasa), tidak lembut atau tidak kemas gerak-gerinya, canggung: kulihat ~ sahaja ia berjalan bergandingan dgn isterinya; 2. sukar menggunakannya (bkn alat dll); 3. Mn = ~ akal ki tidak jujur, busuk hati; kekekokan perihal (keadaan) kekok: jelas ada ~ dlm hubungan suami isteri itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ké.ko/] | کيکوق
Definisi : /kékok/ canggung atau kaku melakukan sesuatu (kerana belum biasa); tidak kemas gerak-gerinya: Sedikit pun tidak ~ lagi dia bekerja dan bercampur gaul dgn kelasi-kelasi lain. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)