Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ken.de.ra] | کندرا

Definisi : ; berkendera menaiki sesuatu jenis kenaikan (spt motokar dll), menunggang kuda (gajah dll); mengenderai menaiki kereta dll, menung­gang kuda dll: dgn ~ sebuah jip, ia segera membawaku mendaki Bukit Barisan; kenderaan kenaikan (spt motokar, bas, kereta api, basikal, dll), tunggangan (spt kuda, gajah dll): jalan raya masih sibuk dgn ~ dan tentera Jepun yg maju ke Selatan; pajak ~ Id pajak (cukai) yg dikenakan ke atas kenderaan; ~ awam = ~ umum kenderaan utk orang ramai (yg disewakan kpd orang banyak); ~ berat kenderaan bermotor yg beratnya bersama muatan melebihi lima tan, spt bas dan lori; ~ pacuan empat roda ken­deraan bermotor yg keempat-empat rodanya mempunyai kuasa utk menggerakkan atau menjalankan kenderaan; ~ ringan kenderaan bermotor yg beratnya bersama muatan kurang drpd lima tan, spt kereta, van dan motosikal; berkenderaan menggunakan atau mem­punyai kenderaan (spt berbasikal, berkereta, berkuda, dll): mereka datang beramai-ramai, ada yg ~ dan ada yg berjalan kaki sahaja; walaupun ia pegawai yg berdasi dan ~ mobil, ia kemudian menggabungkan dirinya dgn syarikat buruh; pengendera 1. orang yg menaiki atau meng­gunakan kenderaan (spt kereta dsb); 2. ark penunggang (kuda, gajah, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ken.de.ra] | کندرا

Definisi : ; berkendera duduk atau naik di atas sesuatu kenaikan (spt basikal, kuda, kereta). mengenderai menunggang kuda dll; menaiki kereta dll: Dia ~ seekor keldai. kenderaan segala jenis kenaikan atau tunggangan spt kereta, basikal, kuda. ~ pacuan empat roda kenderaan bermotor yg keempat-empat rodanya mempunyai kuasa utk menggerakkan atau menjalankan kenderaan. ~ ringan kenderaan bermotor yg beratnya bersama dgn muatan kurang drpd lima tan, mis kereta, van dan motosikal. berkenderaan menaiki atau mempunyai kenderaan (spt basikal, kereta). pengendera orang yg mengenderai sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kendera
Kata Terbitan : mengenderai, berkenderaan, pengendera, kenderaan,