[kéng.kang] | کيڠکڠ
Definisi : (kéngkang) dlm keadaan kaki mengempar ke luar ketika berjalan; mengengkang berjalan dgn kedua-dua belah kaki agak membuka ke kiri dan ke kanan disebabkan kaki mengempar ke luar, mencakah: dia datang ~ ke meja minuman itu; terkengkang-kengkang dlm keadaan mengengkang: seorang demi seorang turun dr bas, berjalan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[kéng.kang] | کيڠکڠ
Definisi : /kéngkang/; mengengkang berjalan (berlari dsb) dgn kaki yg terbuka dgn agak luas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)