[ke.ra.han] | کرهن
Definisi : 1. sesuatu yg dilakukan oleh orang-orang yg dikerah, pekerjaan yg mesti diusahakan bersama-sama (dgn bergotongroyong); ~ negeri (raja) sl pekerjaan mesti dilakukan sbg kewajiban kpd raja atau negara (dgn tidak mendapat bayaran); 2. yg telah dikerah(kan), yg dihimpunkan utk mengerjakan sesuatu: segala rakyat ~ sekaliannya disuruhnya membantu kelengkapan; 3. usaha (tindakan) mengerah atau mengerahkan: mereka beramai-ramai mendaftar diri menyahut panggilan kerajaan terhadap ~ tenaga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ke.ra.han] | کرهن
Definisi : pekerjaan yg diusahakan bersama-sama atau dgn bergotong-royong kerana dikerahkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)