[ke.ruan] | کروان
Definisi : ketahuan, tentu; ~ sahaja bp tentu sahaja; belum ~ belum dapat ditentukan (dipastikan), belum ketahuan (diketahui); sudah ~ tempatnya sudah ketahuan (diketahui) tempatnya; tidak (tak) ~ a) tidak berketentuan (beraturan), tidak tentu hujung pangkalnya, kacau, tidak tenteram atau tidak tenang (bkn fikiran, perasaan), tidak jelas (bkn percakapan dll): hati kakang tidak lagi ~ bagai orang mabuk cendawan; b) amat sangat, bukan kepalang, tidak dapat dikawal: panas hatinya di dlm membakar tidak ~; hatinya cemburu, cemburu tak ~; ketidakkeruanan keadaan tidak keruan; keadaan tidak tentu arah: ~ hidup manusia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ke.ruan] | کروان
Definisi : sudah diketahui; ketahuan: belum ~ belum dpt dipastikan; belum dpt ditentukan; tidak ~ tidak tentu; tidak jelas; kabur; kacau. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)