[ke.sim.pu.lan] | کسيمڤولن
Definisi : 1. ringkasan dr apa yg telah dibicarakan dll, inti atau isi dr keseluruhannya (karangan, syarahan, dll), kesudahan pendapat, ikhtisar: boleh pula disuruh kanakkanak membuat satu-satu ~ dr bacaannya; 2. keputusan: mahasiswa telah mengambil ~ mengecam tindakan Amerika Syarikat mengebom Vietnam Utara; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ke.sim.pu.lan] | کسيمڤولن
Definisi : ringkasan drpd yg telah dibicarakan; kesudahan pendapat; keputusan: Mereka telah mengambil ~ mengecam orang-orang yg menyeleweng drpd perjuangan parti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)