[ké.sot] | کيسوت
Definisi : (késot); berkesot, mengesot bergerak (beralih) dgn menggeserkan atau mengengsotkan punggung, berengsot: anaknya belum boleh berjalan, baru pandai mengesot; dgn mengesot sedikit anak muda Inggeris itu menghampiri Doris; mengesotkan mengalihkan (sesuatu) dgnmenyorong atau menariknya sedikit(-sedikit)atau perlahan-lahan, mengengsotkan, menggeserkan: ~ almari; terkesot-kesot bergerak dgn mengesot; ~ bagai anak tidak diakui prb kemalu-maluan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ké.sot] | کيسوت
Definisi : /késot/; berkesot bergerak atau beralih dgn menggeserkan punggung; berengsot. mengesot menggeserkan punggung ke lantai utk bergerak: Anaknya belum boleh berjalan, baru pandai ~. mengesotkan mengalih sesuatu perlahan-lahan dgn menyorong atau dgn menariknya; mengengsotkan. terkesot-kesot bergerak dgn mengesot. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)