Definisi : ; mengetam menuai atau memotong padi dgn ani-ani dll: kerja menuai atau ~ dijalankan dlm bulan Februari apabila padi sudah masak; pengetaman perihal (perbuatan dsb) memotong padi (dgn pengetam), penuaian; pengetam sj pisau yg tidak berhulu (digunakan utk menuai padi), ani-ani, tuai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : alat utk melicinkan kayu: ~ betina; ~ panjang. berketam (sudah) dilicinkan dgn ketam. mengetam melicinkan kayu dgn ketam. pengetaman 1 perbuatan atau hal mengetam. 2 tahi ketam; tatal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)