Definisi : pukulan (dgn buku jari dll) pd pintu dll; ~ buluh = ketuk-ketuk; ~ kadal sj permainan kanak-kanak yg terdiri drpd bilah buluh yg diketuk-ketuk; ketuk-ketuk sj alat drpd kayu berongga atau buluh yg dipukul kerana sesuatu sebab (utk memberitahu waktu sembahyang, memanggil orang berhimpun, dll), kentung-kentung, tongtong: ~ di masjid telah berbunyi menyeru orang mengerjakan sembahyang; mengetuk memukul dgn buku jari, memukul dgn palu atau sesuatu alat: pintu kamarnya diketuk orang; ~ paku dgn tukul; ~ kawat menghantar telegram; mengetukkan mengetuk utk: “Nanti aku pula jadi mangsa utk ~ engkau pintu.”; ketukan (bunyi) pukulan dgn buku jari atau sesuatu alat, ketuk; pengetuk sesuatu yg digunakan utk mengetuk, tukul. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : , = ketukan pukulan dgn buku jari dll pd sesuatu. ketuk-ketuk alat isyarat drpd kayu berongga atau buluh (dipukul utk menandakan sudah masuk waktu sembahyang dll). mengetuk memukul sesuatu dgn buku jari dll: Sebelum masuk ke dlm bilik itu, dia ~ pintunya beberapa kali. pengetuk alat (spt palu) yg digunakan utk mengetuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)