Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[khut.bah] | خطبه

Definisi : Ar pidato (biasanya yg mengandungi ajaran atau nasihat keagamaan), syarahan: sembahyang Jumaat didahului oleh ~; berkhutbah 1. berpidato atau bersyarah (mengenai hal-hal agama dll): mereka duduk bersila mendengar tok imam ~ dgn suara yg nyaring; 2. ki berleter: pagi-pagi lagi ibunya sudah ~; mengkhutbahkan menerangkan atau menghuraikan (ajaran agama dll) dlm khutbah: sudah tiga kali perkara itu dikhutbahkannya kpd jemaah di masjid itu; pengkhutbah ark orang yg berkhutbah, pen­syarah atau pembicara (terutama mengenai perkara-perkara keagamaan); ~ Injil pendeta Kristian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[khut.bah] | خطبه

Definisi : syarahan yg berisi ajaran atau nasihat mengenai agama dll: ~ itu pendek tetapi bernas. berkhutbah bersyarah atau berpidato mengenai hal-hal agama dll: Ketika imam ~, para jemaah mendengarnya dgn khusyuk. mengkhutbahkan menerangkan atau menjelaskan sesuatu (ajaran agama dll) dlm khutbah: Dia khusyuk mendengar segala yg dikhutbahkan oleh pak lebai itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata khutbah