[ki.lau] | کيلاو
Definisi : cahaya gemerlap (spt cahaya lampu, permata, dll), cahaya yg bersinar (berkilap): ~ bintang yg menerangi langit; berkilau, berkilau-kilauan, kilau-kilauan, kilau-kemilau, kilau-mengilau bercahaya gemerlap, bercahaya berkilap: laut yg ~ oleh sinaran cahaya matahari; sinar permatanya gemerlap berkilau-kilauan; bintang di langit kilau-mengilau; kilauan kilau: kesibukan bandar itu sudahlah pasti dgn ~ lampu neon yg berbagai-bagai warna. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ki.lau] | کيلاو
Definisi : cahaya yg bersinar; cahaya yg bergemerlap, spt cahaya lampu. berkilau, berkilauan mengeluarkan cahaya yg bersinar atau yg bergemerlapan; membalikkan sinar; bersinar-sinar. kilauan, kilau-kemilau cahaya yg berkilau. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)