Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[klon] | کلون

Definisi : 1 ist organisma, pokok, haiwan dsb yg diperoleh atau dihasilkan secara pembiakan tanpa seks dr satu leluhur. 2 sesuatu atau seseorang yg rupanya benar-benar sama dgn sesuatu atau seseorang yg lain: Telefon yg digunakan itu bukan yg asli tetapi ~. 3 ist bkn komputer atau litar yg ditiru drpd reka bentuk asal: komputer ~. mengklon 1 menghasilkan organisma, pokok, haiwan dsb sbg klon: Jabatan itu telah ~ beberapa jenis buah-buahan. 2 membuat atau menghasilkan sesuatu sbg klon: Tindakan keras akan diambil terhadap penjenayah yg ~ telefon bimbit. pengklonan perihal, proses atau perbuatan menghasilkan klon: ~ haiwan ternakan; ~ telefon bimbit semakin berleluasa. pengklon orang, pihak dsb yg membuat atau menghasilkan klon: ~ telefon selular. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata klon