[kod] | کود
Definisi : 1. = tulisan ~ tulisan dgn tanda dll yg mempunyai erti yg tertentu atau yg tersembunyi (rahsia): arahan kpd pegawai tentera itu dikirim dlm tulisan ~; 2. sistem simbol-simbol utk menyampaikan maklumat atau arahan kpd komputer: ~ Morse; 3. serangkai huruf atau nombor yg digunakan utk mengenal pasti sesuatu tempat, objek, dsb mis kod alamat surat-menyurat; ~ Morse kod yg terdiri drpd titik dan sempang yg digunakan dlm pengiriman berita dll menerusi telegraf; ~ warna sistem kod yg menggunakan pelbagai warna sbg cara utk mengenal pasti komponen, objek dsb yg berlainan; berkod mempunyai (dlm bentuk) kod: mereka menerima arahan ~; mengekodkan 1. menulis dlm bentuk kod; 2. mengadakan kod; 3. mengkodifikasikan; pengekodan perbuatan (kerja, proses) mengekodkan atau mengkodifikasikan: ~ tatabahasa Yunani telah dijalankan pd zaman kerajaan Helenistik; pengekod orang yg mengekodkan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[kod] | کود
Definisi : ; ikan ~ sj ikan laut drpd famili Gadidae, yg minyak drpd hatinya kaya dgn vitamin A dan D. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[kod] | کود
Definisi : 1 = tulisan ~ tulisan, tanda dll yg mempunyai erti yg tersembunyi atau yg khusus, atau sbg singkatan. 2 sistem yg menggunakan simbol-simbol utk menyampaikan sesuatu maklumat atau arahan. ~ warna kod yg menggunakan pelbagai warna sbg cara utk mengenal pasti komponen, objek dsb yg berlainan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)