[ko.lék.tif] | کوليکتيف
Definisi : (koléktif) bersama-sama atau beramai-ramai sbg suatu kumpulan (dlm melakukan sesuatu): sekalian rakyat mempunyai tanggungjawab yg sama, baik secara bersendirian ataupun secara ~; pertanian ~ pertanian yg diusahakan beramai-ramai dgn bekerjasama utk faedah bersama; mengkolektifkan menjadikan faktor pengeluaran (spt tanah, kilang, dll) milik bersama rakyat atau milik negara, menubuhkan sistem pengusahaan (pengeluaran) secara beramai-ramai (bersama-sama); pengkolektifan perihal atau perbuatan mengkolektifkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)