Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ko.non] | کونون

Definisi : 1. kata utk menyatakan perasaan ingin tahu, gerangan, agaknya: apa ~ yg merunsingkannya? 2. katanya, kata orang, menurut khabar: kudengar engkau ~ hendak mengadang Sang Guna; adalah ~ seorang perempuan terlalu baik parasnya; 3. agaknya (begitu), rasanya (begitu), barangkali (begitu), bukankah: maka inilah sebentuk cincin ia minta jualkan, keputusan belanja ~; 4. kata utk menyatakan sindiran atau ejekan, seolah­-olah, lakunya: badan sudah tua hendak membuka kebun baru ~; jadi kau fikir ~nya kau boleh dapat kerja di sana? 5. sl khabar; 6. = kononkan = ~ lagi = ~ pula apalagi, istimewa pula, inikan pula: sedang gajah liar lagi dapat kita jerat, ini ~ gajah jinak; mengonon, memperkonon, memperko­nonkan memperdayakan, memperolokkan, mempermainkan (dgn kata-kata yg bukan­-bukan dsb): kalau sudah ada sedikit pengetahuan, tidaklah mudah diperkononkan orang; mengononkan 1. mengonon, memperko­non(kan); 2. mengisahkan (mempercakap­kan) dgn konon (dgn berasaskan kata orang, khabar-khabar, dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ko.non] | کونون

Definisi : 1 menurut khabar; khabarnya: Pd zaman dahulu, ~nya semua binatang dpt berkata-kata. 2 kata yg digunakan utk melahirkan perasaan ingin tahu atau perasaan bimbang; agaknya; gerangan: Apa ~ maksudnya datang ke mari? 3 selaku (utk menyindir atau utk mengejek seseorang); seolah-olah; seperti: Jadi sangkamu, ~nya engkau boleh mendapat kerja di sana. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
konon
1. Bersinonim dengan gerangan
( pula, barangkali, agaknya, rupanya, rasanya, kiranya, kutaha, )
(kata tugas:)

2. Bersinonim dengan kata orang
( katanya, menurut khabar, menurut cerita, )
(kata kerja:)

3. Bersinonim dengan seolah-olah
( sekonyong-konyong, bagaikan, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : mengononkan,

Puisi
 

Ada kain lupa ke baju,
     Konon baju layu dah bunga;
Ada lain lupakan aku,
     Kerana aku orang dah hina.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Sedangkan pucuk lagi tak merah,
     konon pula selaranya.

Bermaksud :

Waktu lagi kaya tidak pernah berderma, apalagi waktu miskin. selara = bulu halus-halus seperti miang pada tumbuh-tumbuhan.

 

Lihat selanjutnya...(2)