[kos] | کوس
Definisi : harga yg perlu dibayar utk memperoleh, mengeluarkan, menyenggara, dsb sesuatu, biasanya berupa wang, masa dan tenaga, perbelanjaan; ~ faktor (Eko) kos yg digunakan utk membuat sesuatu komoditi, iaitu upah dan faedah sampingan yg dibayar kpd buruh, sewa hartanah, untung yg dibayar kpd usahawan dan kos bahan; ~ malar (Eko) kos tetap (tidak berubah-ubah besarnya atau jumlahnya); ~ melepas (Eko) nilai faedah atau keuntungan yg sepatutnya boleh diperoleh drpd penggunaan alternatif sumber yg sama; ~ purata kos hitung panjang; ~ sara hidup (Eko) nilai wang yg diperlukan utk membeli barang keperluan asas spt makanan, pakaian, tempat tinggal dsb utk menikmati taraf hidup tertentu; ~ satuan kos bagi tiap-tiap satu unit (barang dll); ~ tak tetap (Eko) kos yg berubah-ubah menurut banyaknya pengeluaran; ~ tetap (Eko) kos yg mesti ditanggung dgn tidak berdasarkan banyaknya pengeluaran; berkos melibatkan atau memerlukan kos: pembiayaan jangka pendek dan ~ rendah; pengekosan anggaran semua kos yg terlibat dlm sesuatu urusan, mis perniagaan, projek: Jabatan Penerbitan akan mengkaji semula ~ pisah warna dan atur huruf. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[kos] | کوس
Definisi : singkatan bagi kosinus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[kos] | کوس
Definisi : wang yg dikeluarkan atau yg dibelanjakan utk menghasilkan sesuatu barang, perkhidmatan dll. ~ sara hidup nilai wang yg diperlukan utk membeli barang keperluan asas spt makanan, pakaian, tempat tinggal utk menikmati taraf hidup tertentu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)