Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kri.sis] | کريسيسبر

Definisi : keadaan tidak stabil atau tidak tenteram yg boleh secara tiba-tiba menyebabkan sesuatu kejadian (perkembangan, perubahan, dll), keadaan yg lazimnya mendatangkan kesan buruk, keadaan yg genting, kegentingan, kete­gangan, keributan: pucuk pimpinan parti sedang berusaha menyelesaikan ~ yg timbul dlm parti itu; ~ akhlak (moral) kemerosotan (kerosakan) budi pekerti yg sudah mencapai peringkat yg membimbangkan; ~ ekonomi keadaan eko­nomi yg tidak stabil dan menyebabkan kehidupan menjadi sukar; ~ kelaparan keadaan buruk yg menyebabkan kebuluran (kerana kekurangan makanan); ~ kewangan keadaan yg sangat membimbangkan mengenai soal-soal kewangan (spt kekurangan wang dll); ~ politik ketegangan politik; berkrisis berselisih pendapat (fahaman, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kri.sis] | کريسيسبر

Definisi : keadaan yg tegang dlm politik dll disebabkan sesuatu masalah yg serius; kekacauan atau keributan (dlm persatuan dll). ~ ekonomi keadaan ekonomi yg tidak stabil dan menyebabkan kehidupan menjadi sukar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
krisis (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan ketegangan, kegentingan, keributan, perbalahan, pertikaian, persengketaan, pertengkaran, kemelut, konflik, konfrontasi;,
Kata Terbitan : berkrisis,