Definisi : agama yg dipercayai dan dianuti oleh pengikut Jesus Christ; orang ~ penganut agama Kristian; mengkristiankan menjadikan sbg penganut (pengikut) agama Kristian, memasukkan ke dlm agama Kristian: tugas paderi itu ialah berusaha ~ penduduk pulau itu; pengkristianan perbuatan mengkristiankan seseorang: ~ penduduk tempatan telah dilakukan sejak beberapa lama dulu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : 1 = agama ~ agama yg penganut-penganutnya mempercayai bahawa Nabi Isa ialah anak Tuhan; Nasrani. 2 = orang ~ orang yg menganut agama Kristian; orang yg beragama Nasrani. mengkristiankan menjadikan seseorang menganut agama Kristian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)