Definisi : alat bergerigi hujungnya utk mengeruk (mengikis) isi kelapa; ~ apa kpd ~, nyiur juga yg binasa = apa peduli pd kukuran, nyiur juga yg akan habis prb mudah bagi seseorang menyuruh melakukan sesuatu tetapi yg melakukannya juga yg menemui kesukaran; murah terbelingut bagai kukuran timah prb mudah merajuk atau berkecil hati; satu hadap bagai kukuran prb orang yg mahir dlm satu pekerjaan sahaja; mengukur 1. mengeruk atau mengikis (isi kelapa) dgn kukuran: isterinya sedang ~ kelapa di dapur; 2. menggaru-garu atau mencakar-cakar (kulit dll) kerana gatal: ia ~ tangannya yg digigit nyamuk; pengukur 1. kukuran; 2. orang yg mengukur (kelapa dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)