Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.nang.ku.nang] | کونڠ٢

Definisi : sj serangga yg mengeluarkan cahaya yg berkelip-kelip pd perutnya, api­-api, kelip-kelip; ~ sekebun sj cincin yg mempunyai satu permata yg dikelilingi intan kecil-kecil; berkunang-kunang 1. berkelip-kelip, ber­kilau-kilau, berpendar-pendar: makin lama, panas itu makin menjalar masuk danau, air menjadi ~ rupanya; 2. seolah-olah melihat cahaya yg berkelip-kelip (kerana pening kepala atau menahan perasaan sedih, dll), berpendar-pendar (penglihatan): terasa rekah bumi yg dipijaknya, gelap dunia baginya, ~ pemandangannya; matanya ~ melihat wang sebegitu banyak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ku.nang.ku.nang] | کونڠ٢

Definisi : nama sj serangga yg bersayap dan mengeluarkan cahaya yg berkelip-kelip; kelip-kelip, Photuris spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kunang-kunang

Puisi
 

Ayonglah si kunang-kunang,
     Ia bernama si bunga pinang;
Rosaklah di laut boleh kurenang,
     Rosak di hati tidak kusenang.


Lihat selanjutnya...(3)