Definisi : ; melabur 1. membekalkan makanan (wang, modal, dll) kpd pekerja dll; 2. = meletakkan (memberikan, menyerahkan) sejumlah wang utk sesuatu usaha (spt pengeluaran barang, perniagaan, dsb) dgn tujuan utk memperoleh keuntungan, menanam modal: rakyat bumiputera diseru melabur dlm Amanah Saham Nasional; melaburkan meletakkan (wang) sbg modal (utk perniagaan dll): dia ~ sebahagian besar wangnya dlm syarikat itu; pelaburan 1. jumlah wang (modal dsb) yg dilaburkan dlm sesuatu usaha niaga dsb, penanaman modal; 2. sesuatu yg dibeli dsb dgn harapan akan mendapat keuntungan yg berlipat ganda, penanaman modal: pembelian tanah merupakan suatu bentuk ~ yg menguntungkan; pelabur 1. orang yg melabur (menanam modal); 2. bekalan makanan (wang dll); ~ asing individu atau syarikat dr luar negara yg melaburkan modalnya dlm sesuatu perniagaan dsb; ~ institusi (Eko) institusi atau organisasi yg mengumpul dan mengurus dana drpd orang ramai utk tujuan pelaburan secara besar-besaran dlm pasaran saham dsb; ~ runcit (Eko) pelabur individu yg jumlah pelaburannya sangat kecil (hanya beberapa lot saham dsb); ~ habis Palembang tak alah prb perbuatan yg sia-sia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)