Definisi : 1. berjalan, melintas: semua kereta tidak boleh ~ di jalan itu; seorang laki-laki ~ di hadapan mereka; sekali ~ a) sekali gus; b) sambil-sambil; 2. boleh masuk, telus, lulus; 3. yg sudah lepas (berlaku, lewat, dll), selesai, telah dibuat: tiadalah kanda perbuat lagi spt yg telah ~ itu; baru tiga malam yg ~, seorang tauke telah disamun orang; 4. berdaya, sanggup, larat: santap pun tiada ~ ia pd malam itu melainkan keluh-kesah sahaja; aku hendak pergi pun tiada ~ oleh sakit badanku lagi; 5. langsung, lanjut; 6. terus, hingga ke, langsung ke: setelah datang ke Melaka maka disuruh baginda arak ~ ke balai; mereka berperahu ~ ke Melaka; 7. kemudian drpd itu, sesudah itu, segera: setelah makan minum mereka ~ meneruskan perjalanan ke selatan; 8. lewat, sudah lampau: kulihat orangnya telah ~ separuh umur; 9. tidak boleh ditebus kembali (barang gadaian dll); ~ akal boleh diterima akal, munasabah; ~ penjahit ~ kelindan prb kalau usaha yg pertama telah berhasil maka usaha yg berikutnya pun akan tercapai juga; berlalu 1. lepas (waktu dll), lampau, lewat: semuanya sudah tenang dan di luar ribut kencang telah ~; sudah sepuluh tahun ~ semenjak pernyataan di atas ditulis; 2. berjalan, berlepas: sekejap kemudian perempuan itu ~ meninggalkan warung makan itu; 3. ki pergi, meninggal (mati); melalui 1. mengikuti (jalan dll), melintasi, lalu di, menempuhi: beberapa orang gadis yg sedang ~ lorong itu terpaksa berhenti sejenak; 2. tidak mengikuti (ajaran, hukuman, perintah, dll), mengingkari: tiada kuasa patik sekalian ~ titah Yang Dipertuan; apalah titah tuanku patik sedia menjunjung, tiadalah ~ titah perintah sekali-kali; 3. dgn perantaraan, menerusi: rancangan Dewan Bahasa di udara sering kali disiarkan ~ radio; Ahmad telah memajukan tuntutannya ~ peguamnya; 4. melampaui, melangkaui, melangkahi: apa-apa yg kamu tidak faham tanyalah kpd guru, jangan dilalui sahaja; ketika saya berjalan itu ada ~ beberapa buah kedai orang menjual makanan; 5. dgn perjalanan (masa): sesetengah kes ini menjadi usang ~ masa; melalukan 1. membiarkan lalu (lantas, masuk, dll), memasukkan, meluluskan: dilalukannya cahaya hijau itu menembusi prisma; 2. menjalankan (cita-cita, apa yg hendak dibuat, dll), mengerjakan: ia selalu hendak ~ kehendaknya; 3. membawa atau membuat terus, meneruskan; terlalu 1. teramat sangat, terlampau: orang menyabung ~ ramai; seekor rusa jantan sedang tidur dgn ~ nyedarnya; 2. melampaui batas, berlebih-lebihan: pemujaannya yg ~ terhadap pemerintahan Inggeris; 3. (perbuatan dll) yg tidak disengajakan, terlangsung: perbuatan engkau yg sudah ~ itu diampunkan, yg kemudian jangan dibuat lagi; keterlaluan 1. hal yg berlebih-lebihan, keadaan yg melampau, hal atau perbuatan yg melampaui batas (tatatertib dll): rakan sekerja Darwisah juga sudah meluat melihat ~ itu; 2. teramat sangat, terlalu, berlebih-lebihan, melampaui batas: tindakan ~; laluan 1. jalan yg dilalui, jalan yg menjadi landasan atau tempat pergerakan pergi balikorang atau pengangkutan: penduduk kawasan setinggan sepanjang ~ pengangkutan rel laju tidak perlu bimbang bahawa mereka akan dipindahkan; 2. pergerakan (peralihan dsb) maju ke tahap lain: kemenangan ini menjadikan ~ mudah bagi pemain-pemain Malaysia seterusnya; kelaluan 1. (yg) telah lepas, telah lalu; 2.Mn cita-cita, hajat, tujuan; berkelaluan Mn berpanjangan, sentiasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : ; ~-lalang = ~-landang a) banyak kali lalu, keluar masuk, ke sana ke mari: banyak orang ~-lalang di jalan raya; b) mencurahcurah keluar (kata-kata kasar dll); c) tidak teratur, kacau-bilau: susun buku itu baik-baik, jangan ~-lalang begitu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : 1 berjalan atau melintas: Penjual roti baru saja ~. 2 sudah berlaku (lepas dll): Perkara yg ~ jangan dikenang. 3 kemudian dr itu; selepas itu: Sesudah dicuci, ~ dijemur. 4 berdaya; larat; sanggup: Jika badan sakit, makan pun tak ~. 5 langsung ke; hingga ke: Maka belayarlah mereka ~ ke Aceh. ~ akal dpt diterima akal. ~-lalang a. banyak kali lalu (keluar masuk). b. tidak teratur; kacau-bilau. ~ lintas kerap atau selalu melintas. berlalu 1 berjalan; berlepas: Tidak lama kemudian, mereka pun ~ pulang. 2 lepas (bkn waktu); lewat; lampau: Peluang keemasan spt itu jangan dibiarkan ~. melalui 1 lalu di; mengikuti; menempuh: Kami berjalan ~ lurah dan bukit. 2 dgn perantaraan; menerusi: Berita yg mengerikan itu didengar ~ radio. melalukan 1 membiarkan lalu; meluluskan: Mereka akan membuat jambatan sementara utk ~ lori-lori dan kereta kebal. 2 menjalankan sesuatu kemahuan; mengerjakan: Dia ~ kehendak anaknya. terlalu 1 amat sangat: Dia ~ ingin hendak naik kapal terbang. 2 melampaui batas; berlebih-lebihan: Ia ~ memikirkan perkara yg kecil-kecil. keterlaluan 1 keadaan terlalu atau keadaan yg melampaui batas: Tindakannya itu dianggap sbg ~. 2 (teramat) sangat melebihi had; melampau: Perbuatan itu sudah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)