[lan.jar] | لنجر
Definisi : labuh atau panjang (kerana dihulurkan dll), kurus tinggi; selanjar bersambung-sambung, berterusan: balak ~; keselanjaran perihal selanjar (bersambung-sambung, berterusan): ~ kerja; melanjar Jk 1. menjadi atau bertambah panjang (kerana dihulurkan, tumbuh, dll); 2. menghulurkan (tali dll) panjang-panjang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[lan.jar] | لنجر
Definisi : ; lanjaran Jw para-para (tempat tumbuhan spt kacang, mentimun, dll menjalar dan melilit). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[lan.jar] | لنجر
Definisi : terus (tidak singgah di mana-mana lagi), lalu, langsung: kamu nak ~ ke kebunkah? berselanjaran berterusan: keadaan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[lan.jar] | لنجر
Definisi : ; selanjar bersambung-sambung; berterusan; bertalian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)