[la.po.ran] | لاڤورن
Definisi : sesuatu yg dilaporkan, maklumat tentang sesuatu kedudukan (masalah yg dihadapi dll) yg dilaporkan: empat orang pakar dlm hal ini telah pun membuat ~; ~ tahunan laporan yg dikemukakan atau dibentangkan setahun sekali dan yg lazimnya melaporkan (menerangkan dsb) hal-hal penting yg berlaku dsb sepanjang tahun yg berkenaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[la.po.ran] | لاڤورن
Definisi : apa-apa yg dilaporkan: ~ itu akan diserahkan kpd pengarah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)