Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ni.pu.lasi] | مانيڤولاسي

Definisi : 1. perihal atau perbuatan meng­gunakan sesuatu (alat dll) atau mengerjakan sesuatu (dgn tangan dll) dgn cekap: spt selalu Kurosawa menyegarkan filemnya dgn ~ vi-sual dan bunyi yg menarik; setiap ~ bahasa dlm karya sastera hanya wajar dilakukan oleh orang yg telah lebih dulu menguasai bahasa; 2. segala tindakan dan selok-belok utk memperdayakan orang atau mempe­ngaruhi perlakuan (pendirian dll) orang lain tanpa disedari orang itu; 3. sesuatu perbuatan curang atau kurang baik yg dilakukan utk faedah sendiri: ~ harga mempengaruhi ke-beruntungan pengusaha industri kecil; memanipulasikan 1. mengerjakan atau membuat sesuatu (dgn menggunakan tangan) dgn cekap, mengendalikan atau menggunakan sesuatu dgn cekap atau bijaksana: yg begitu dighairahkan ialah meniup dan ~ kaca semasa lembik; masyarakat umum menge-nali al-Jabar sbg ilmu yg membicarakan cara ~ simbol dgn hukum dan petua tertentu; 2. mengendalikan (menggunakan) sesuatu atau melakukan sesuatu secara bijaksana sehingga dapat mencapai sesuatu tujuan: ahli-ahli politik mesti kembali menghormati agama dan mengelakkan nafsu kuasa politik dgn ~ agama; 3. melakukan sesuatu yg cu­rang, menggunakan sesuatu utk berbuat curang atau tidak baik; pemanipulasi pihak (orang dsb) yg bijak memanipulasikan sesuatu (keadaan dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ni.pu.lasi] | مانيڤولاسي

Definisi : 1 perbuatan menggunakan sesuatu alat atau mengerjakan sesuatu menggunakan tangan dgn cekap. 2 segala tindakan dan selok-belok utk memperdaya orang atau mempengaruhi pendirian orang lain tanpa disedari orang itu. 3 sesuatu perbuatan curang atau kurang baik yg dilakukan utk faedah sendiri: ~ harga turut mendatangkan keuntungan kpd pengusaha kecil. memanipulasikan 1 mengerjakan atau membuat sesuatu dgn cekap: Yg begitu menarik ialah meniup dan ~ kaca semasa kaca itu lembik. 2 menggunakan sesuatu atau melakukan sesuatu secara bijaksana sehingga dpt mencapai sesuatu tujuan: Ahli-ahli politik mesti menghormati agama dan mengelak drpd ~nya. 3 melakukan sesuatu yg curang atau menggunakan sesuatu utk berbuat curang: ~ cek. pemanipulasian perbuatan atau hal memanipulasikan: Mereka berjaya mencegah ~ oleh pihak yg tidak bertanggungjawab. pemanipulasi orang, pihak dsb yg memanipulasikan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata manipulasi