Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.nu.sia] | ماءنسي

Definisi : makhluk yg mempunyai akal budi, insan, orang: ada pun jenis yg tinggi sekali antara segala haiwan ialah ~; ~ utama manusia yg terbaik; memanusiakan menjadikan seseorang mem­punyai sifat-sifat manusia yg mulia: peranan sastera adalah utk ~ manusia dan menim-bulkan keindahan dlm jiwa mereka; kemanusiaan perihal manusia, sifat-sifat manusia: tetapi sekarang ia pandai berhujah tentang manusia dan ~, tentang dunia dan keduniaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.nu.sia] | ماءنسي

Definisi : makhluk Allah yg berjasad dan berakal fikiran; insan. kemanusiaan hal-hal yg berkaitan dgn manusia: peri~ perasaan atau perangai yg layak bagi manusia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
manusia (kata nama)
Bersinonim dengan insan, orang, anak Adam, hamba Allah, keturunan Adam, bani Adam, cucu-cicit Adam;,
Kata Terbitan : kemanusiaan,

Puisi
 

Anak India membawa madat,
     Dari Kedah langsung ke Bali;
Hidup manusia biar beradat,
     Bahasa tidak berjual-beli.


Lihat selanjutnya...(14)
Peribahasa

Pulai berpangkat naik,
     manusia berpangkat turun.

Bermaksud :

Manusia mati mestilah meninggalkan nama dan perbuatan yang baik.

 

Lihat selanjutnya...(51)

356

Man proposes, God disposes

Manusia boleh merancang dan berusaha tetapi Tuhan yang menentukan segala-galanya.

Manusia merancang, tuhan menentukan

“If Plan A fail, we have Plan B. Each has been meticulously planned,'' said the manager. ''But what if Plan B fails too?'' asked the director. '' Man proposes, God disposes, sir' replied the manager.

"Sekiranya Pelan A gagal, kita ada Pelan B. Setiap pelan ini telah dirancang dengan amat teliti,'' kata pengurus itu. ''Tetapi jika Pelan B pun gagal?'' tanya tuan pengarah. '' Manusia merancang, tuhan menentukan, tuan'', jawab pengurus.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(85)