[ma.sa] | ماس
Definisi : 1. waktu, ketika: ~ dan tempat per-undangan itu harus dipersetujui bersama oleh kedua-dua pihak; bila-bila ~; 2. jangka waktu yg agak lama (ketika sesuatu kejadian dll yg penting berlaku), zaman; ~ Jepun zaman pendudukan Jepun; 3. jangka waktu yg tertentu (ada permulaan serta batasnya); ~ capaian (Komp) masa yg diperlukan utk mendapatkan data yg diproses; ~ kerja waktu yg ditentukan utk sesuatu pekerjaan; separuh ~ pertama (kedua) waktu permainan bola sepak dll dr permulaan hingga pertengahan (dr pertengahan hingga akhir); ~ depan (hadapan, datang) zaman yg akan datang; ~ karbon zaman lapisan karbon terbentuk (dlm tanah); ~ kecil ketika masih kecil (zaman masih budak-budak); ~ kering musim kering; ~ lampau waktu yg telah lalu (lepas); ~ lapang (lega) waktu senggang; ~ peralihan masa berlaku perubahan atau pergantian (drpd suatu keadaan kpd keadaan lain); ~ Permian (Geo) zaman selepas zaman karbon; ~ rehat waktu utk berehat; dr se~ ke se~ dr satu waktu ke waktu lain; semasa 1. sama masa dgn, pd ketika yg sama: beliau juga hidup hampir ~ dgn sejarah yg ditulisnya; 2. sewaktu, pd ketika: ~ Datuk Ujang bergerak ke muka pintu, ia keluar perlahan-lahan; 3. dr masa (zaman) yg diperkatakan, dr masa yg sama: hal-hal yg menarik perhatian ~; semasa-masa sewaktu-waktu; pemasaan perihal atau proses menentukan (mengatur atau mengawal) masa bagi sesuatu operasi dsb: ~ yg tidak betul juga boleh me-nyebabkan salah satu kebuk pembakaran dimasuki pelincir; pemasa alat utk mengatur dan mengawal masa operasi sesuatu mesin, peranti dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ma.sa] | ماس
Definisi : = masakan mana boleh, tidak akanlah, tidak mungkin: kalau tidak, ~ sampai bertahun-tahun ia dapat melakukan per-dagangan gelap; kalau cendawan sudi tum-buh, ~ bumi tidak terima; ~ bodoh a) tidak mempedulikan apa-apa; b)terserah; bersikap ~ bodoh tidak mempedulikan atau mengendahkan (hal orang lain dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ma.sa] | ماس
Definisi : 1 hari atau bahagian hari yg tidak ditentukan bila (boleh jadi telah lalu, sekarang ataupun akan datang); ketika; waktu: ~ dan tempat mesyuarat itu diadakan, tidak disebut. 2 jangka waktu tertentu yg ada awal dan ada akhirnya: ~ kerja; ~ sekolah. 3 waktu yg agak lama tempohnya dan ada sesuatu peristiwa penting berlaku; zaman: Pd ~ Jepun dahulu, saya masih kecil. ~ capaian ist masa yg diperlukan utk mendapatkan data yg diproses. ~ nyata a. masa sebenar berlakunya sesuatu perkara atau peristiwa. b. bkn sistem pemprosesan komputer dlm talian yg menerima dan memproses data secepat mungkin utk menghasilkan aktiviti atau proses berterusan. ~ rosak ist selang atau tempoh masa apabila sesuatu peranti tidak dpt beroperasi disebabkan berlaku kerosakan pd peranti tsb. pemasa alat utk mengukur dan mengawal masa operasi atau masa berjalannya sesuatu mesin, peralatan dsb. semasa 1 pd ketika; pd waktu: Dia datang tadi ~ saya tidak ada di rumah. 2 sedang berlaku atau bkn masa kini (sekarang): hal ehwal ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
[ma.sa] | ماس
Definisi : = masakan mana boleh; tidak mungkin; mustahil: Dia orang bijak, ~ dia tidak mengerti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)