[ma.saʔ] | ماسق
Definisi : 1. sudah tua dan boleh dimakan (buahbuahan dll), matang: jangan diambil pisang itu, biarlah ~ di pokok; ~ ranum sangat masak (buah-buahan); 2. sudah empuk, tidak mentah lagi (barang makanan yg direbus, digoreng, dll): baru separuh ~ Pak Pandir pun tampil-lah meratah daging itu; nasi belum ~ lagi; 3. cara membuat masakan (gulai dll): ~ dalca; ~ lemak; tukang ~ orang yg memasak makanan; 4. ki sudah tahu atau faham benar (kelakuan orang dll), sudah difikirkan (dipertimbangkan) dgn teliti, sudah diputuskan (sesuatu perkara dll), sudah sempurna, matang: hamba sudah ~ dgn segala kejadian yg berlaku di sekeliling hamba; sebelum memberi kepu-tusan, perkara itu harus difikirkan ~-~ dahulu; apabila ~lah sudah perjanjian itu, maka barulah pulang ke Melaka; ~ ajar a) sudah cukup mendapat didikan (ajaran); b) mempunyai sopan-santun; ~ akal matang pemikiran; ~ niatnya mempunyai niat yg tetap; ~ tangan sudah selalu benar kena tampar atau tempeleng; makan ~ mentah prb tidak membezakan yg halal dan yg haram; ~ buah rumbia prb perihal sesuatu yg mustahil terjadi (diperoleh); ~ di luar, mentah di dalam prb nampaknya baik sebenarnya jahat; ~ malam, mentah pagi (siang) prb sesuatu perkara yg telah ditentukan tetapi kemudiannya berubah pula; semasak selama masa yg perlu supaya (buahbuahan, nasi yg ditanak, dll) menjadi masak: ~ buah piama; bermasak yg sudah dimasak (air, makanan, dll): lebih baik kalau dibasuh tangan dgn air yg sudah ~; bermasak-masak sedang membuat laukpauk (kuih-muih dll); kelengkapan ~ alat atau perkakas yg digunakan utk membuat makanan; bermasakan, bermasak-masakan sedang masak (buah-buahan): kelihatan buah padi kuning spt emas ~; memasak, mempermasak sl membuat laukpauk (kuih-muih dll), mengolah makanan supaya masak: ia menolong ibunya ~ dan mencuci kain baju; ~ air memanaskan air hingga mendidih; ~ nasi menanak nasi; ~ ubat membuat ubat; memasak-masak 1. membuat bermacammacam kuih (lauk-pauk dll): dan Rosita pun telah selesai pula ~ ala kadarnya; 2. = masak-memasak cara memasak bermacam-macam jenis makanan (kuih-muih, lauk-pauk, dll): di kampung itu diadakan kelas masak-memasak; memasakkan 1. memasak utk, membuat makanan utk: ia ~ suaminya sayur keladi; 2. membuat supaya masak, menjadikan masak: kalau belum masak nasi tolonglah masakkan; musim panasnya yg panjang dan kering dapat ~ padi; 3. ki memikirkan, mempertimbangkan, dll sesuatu perkara dgn teliti: Raja Farquhar itu pergi bertemu dgn dia ke Riau, hendak ~ perjanjiannya itu; masakan 1. sesuatu yg dimasak (kuih-kuih, lauk-pauk, dll): kalau hari-hari dapat mema-kan ~ yg lazat-lazat spt ini, tentulah gemuk aku nanti; 2. cara memasak: ~ daging; ~ lemak; 3. Id bukan yg sebenarnya, buatan, olahan; pemasakan perihal (kerja, proses, dsb) memasak; pemasak 1. orang yg kerjanya memasak, tukang masak; 2. alat (perkakas) utk memasak; 3. Mn rempah-rempah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[ma.saʔ] | ماسق
Definisi : 1 sudah tua serta boleh dipetik dan dimakan (bkn buah-buahan): Betik ini ~ di pohon. 2 tidak mentah lagi (bkn benda-benda yg direbus, digoreng, dibakar dll); sudah empuk dan boleh dimakan: Nasinya sudah ~. 3 ki sudah berpengalaman; sudah tahu dan faham benar: Dia sudah ~ dgn perangai anak-anaknya. Perkara itu telah difikirkan ~-~. bermasak dimasak atau sudah dimasak (bkn air, makanan dll): Jangan makan makanan yg tidak ~. memasak membuat atau mengolah makanan (lauk-pauk, nasi dll) supaya masak: Saya suka menolong ibu saya ~. Dia pandai ~ rendang. masak-memasak hal atau selok-belok (cara, teknik dsb) memasak: Ayahnya memang pakar dlm ~. memasakkan 1 memasak sesuatu utk: Dia ~ anaknya bubur kacang. 2 menjadikan masak; membuat supaya masak: Air di kolam air panas dpt ~ telur. masakan barang apa yg dimasak (spt lauk-pauk); hasil drpd memasak; cara memasak: Saya lebih gemar memakan ~ Melayu. ~nya lazat sekali. pemasakan perihal (perbuatan) memasak atau memasakkan: ~ yg lama akan memusnahkan vitamin C. pemasak 1 orang yg kerjanya memasak atau memasakkan; tukang masak. 2 alat yg digunakan utk memasak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)