[me.la.lai.kan] | ملالايکن
Definisi : tidak mengambil berat, tidak menghiraukan: dlm pd itu Rosita tidak ~ dan melengahkan kerja sekolahnya; ~ hati (sedih) menghiburkan hati; ~ waktu membuang masa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[me.la.lai.kan] | ملالايکن
Definisi : 1 tidak mengambil berat (ttg); tidak menghiraukan: Dia tidak pernah ~ suruhan-suruhan suaminya. 2 berbuat sesuatu supaya orang lain menjadi lalai (lupa, tidak sedar dsb); menjadikan atau menyebabkan lalai: Utk ~ mangsanya, pencuri tsb telah menggunakan ilmu pukau. Alunan muzik yg perlahan ~ pengunjung-pengunjung kelab itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)