[me.le.ga.kan] | ملݢاکن
Definisi : 1. menjadikan lega (tempat), melapangkan, meluaskan; 2. = ~ dada (perasaan) menenteramkan hati (fikiran dll): jururawat itulah sahaja yg dapat ~ perasaannya; 3. menjadikan berkurang (bkn rasa sakit dsb): ubat itu ternyata dapat ~ sakit sendi yg dihidapinya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[me.le.ga.kan] | ملݢاکن
Definisi : 1 menyebabkan sesuatu menjadi lega; meluaskan (kawasan, ruang); melapangkan. 2 menyenangkan (fikiran, hati); menenteramkan: Nasihat neneknya telah ~ perasaan Aminah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)