[me.li.cin.kan] | مليچينکن
Definisi : 1. menjadikan licin (tidak kesat, berlendir dan mudah tergelincir): gunakan minyak kelapa hijau yg dimasak harum utk ~ rambut; 2. menjadikan sesuatu (permukaan) licin (dgn mengetamnya dsb): dia menggosok kemejanya utk ~nya; 3. menjadikan (menyebabkan sesuatu rancangan dsb) berjalan dgn lancar, melancarkan: mereka mengambil semua langkah bagi ~ perjalanan upacara itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[me.li.cin.kan] | مليچينکن
Definisi : 1 menjadikan licin (dgn membubuh minyak, mengetam dll). 2 menjadikan (menyebabkan rancangan dsb) berjalan lancar; melancarkan: Berbagai-bagai langkah akan diambil utk ~ perjalanan syarikat itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)