Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.main.kan] | مماءينکن

Definisi : 1. melakukan sesuatu dgn suatu benda selaku bermain-main atau bersuka-suka: ~ lembing; 2. melagukan nyanyian dgn bunyi­bunyian: ~ lagu keroncong; 3. membunyikan alat bunyi-bunyian: budak itu telah pandai ~ piano; 4. menayangkan (wayang dll): filem ini pernah dimainkan tahun lepas; 5. me­lakonkan (sandiwara, drama, dll): Badan Keluarga Dewan Bahasa akan ~ drama Tamu Di Bukit Kenny esok malam; 6. me­megang peranan sbg (dlm sandiwara, drama, dll): ia ~ watak ayah dlm drama itu; ~ peranan a) berlakon sbg; b) ki mengambil bahagian dlm; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.main.kan] | مماءينکن

Definisi : 1 menggunakan sesuatu utk bermain-main atau utk bersuka-suka: ~ pedang. 2 membunyikan sesuatu alat bunyi-bunyian; membuat lagu dgn alat bunyi-bunyian: ~ gambus; Beliau telah ~ lagu Joget Pahang dgn pianonya. 3 menunjukkan lakonan atau wayang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)