[mem.be.dal] | ممبدل
Definisi : 1. memukul, menghentam: dia dibedal perompak-perompak itu sehingga pengsan; 2. memakan hingga habis: kuih-kuih itu habis dibedalnya; 3. ki menentang (pendapat, dll): saya tak bermaksud utk ~ sesiapa pun dlm masalah ini; 4. mengambil buah dgn cara memukul dgn galah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[mem.be.dal] | ممبدل
Definisi : memukul dgn sesuatu yg panjang: Ia telah ~ pencuri itu dgn tongkat semambu. 2 ki memakan hingga habis: Mereka ~ semua makanan yg terhidang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)