[mem.per.gu.na.kan] | ممڤرݢوناکن
Definisi : 1. = menggunakan; 2. memperlakukan utk tujuan atau kepentingan tertentu, memperalat: pelajar sepatutnya menimba ilmu di kampus tetapi mereka janganlah sampai dipergunakan oleh mana-mana parti politik, hatta parti kerajaan yg memerintah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[mem.per.gu.na.kan] | ممڤرݢوناکن
Definisi : mengambil faedah: dipergunakan hari mudanya utk mencari ilmu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[mem.per.gu.na.kan] | ممڤرݢوناکن
Definisi : menjadikan sesuatu yg tidak berguna (spt bahan-bahan buangan) ada gunanya: Sekarang ini ada usaha utk ~ sampah sarap sbg sumber tenaga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)