Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.na.kung] | مناکوڠ

Definisi : 1. membiarkan mengendap (minyak dsb), membeningkan atau meng­hening­kan sesuatu (dgn membiarkan tahinya, keladaknya, mendap): ~ minyak kelapa; 2. menyekat atau mengempang air dsb (supaya banyak terkumpul), menampung: air ini ditakung utk air minum penduduk; 3. mena­dah, menampung (air hujan dsb): aku takung air malam ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.na.kung] | مناکوڠ

Definisi : 1 menyekat atau menadah air supaya banyak terkumpul; menampung: Sebuah tangki yg besar telah dibina utk ~ air hujan. 2 membiarkan mengendap (bkn minyak dll): ~ minyak kelapa; ~ getah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
takung (kata nama)
Bersinonim dengan takungan, penakung, bak, bejana, tempayan, retot;,
Kata Terbitan : bertakung, menakung, penakungan,