Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ca.dang.kan] | منچادڠکن

Definisi : 1. mengemukakan sesuatu pendapat utk dipersetujui (dipertimbangkan dsb), mengusulkan, menyarankan, mengan­jurkan: Menteri Buruh akan ~ supaya rang undang-undang itu dibaca bagi kali yg ketiga; 2. mencalonkan: dgn tiada pilih-memilih lagi, Serang Sakar telah ~ Si Tenggang bagi memenuhi jawatan tandil itu; Ali ~ Jamal sbg setiausaha kehormat persatuan itu; 3. menyediakan (menyimpan) sesuatu (utk digunakan apabila perlu): seramai tiga puluh ribu orang dicadangkan utk memperkuat pertahanan negara; 4. menguntuk­kan (harta, wang, dsb) utk penggunaan sesuatu atau seseorang: kawasan tanah itu dicadangkan utk bekas-bekas perajurit; 5. memper­siapkan, merancang, merencanakan, merangka: ~ strategi serangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ca.dang.kan] | منچادڠکن

Definisi : 1 mengeluarkan fikiran; mengusulkan; menyarankan: Ia ~ supaya perkara itu disiasat terlebih dahulu. 2 mengemukakan (seseorang) sbg calon: Ia ~ Adli sbg bendahari persatuan itu. 3 menyediakan atau menyimpan sesuatu utk kegunaan apabila perlu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencadangkan