[men.cair.kan] | منچاءيرکن
Definisi : 1. menjadikan sesuatu cair, mengencerkan: pemanasan itu ~ minyak yg beku; 2. (Eko) menukarkan aset kpd wang tunai: para pemaju menjual rumah bernilai lebih AS$1 bilion (RM3.8 bilion), ~ pasaran yg terbeku selama setahun; 3. ki menjadikan perasaan (semangat dsb) berkurang atau lemah: suara manja kekasihnya itu tidak ~ kemarahan Wi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[men.cair.kan] | منچاءيرکن
Definisi : menjadikan cair. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)