[men.can.tum.kan] | منچنتومکن
Definisi : 1. merapatkan (benda atau hal) supaya bertaut (melekat, bersatu, dll), memautkan, melekatkan, menyatukan, memadukan, menempelkan; 2. menyematkan (dgn jarum, pin, dll); 3. menikamkan: dicantumkannya keris pusaka itu pd dada terus ke belikat; 4. memasukkan atau menyertakan (dlm majalah, acara, dll): nama peserta-peserta mesyuarat itu telah dicantumkan dlm surat edaran; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[men.can.tum.kan] | منچنتومکن
Definisi : 1 menjadikan bercantum; merapatkan supaya bertaut; menautkan: Luka-luka itu dijahit utk ~nya. 2 melekatkan dgn sesuatu; menyematkan: Beliau telah ~ kerongsang pd bajunya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)