[men.cen.cang] | منچنچڠ
Definisi : membuka tanah utk dijadikan ladang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[men.cen.cang] | منچنچڠ
Definisi : 1. menetak (memenggal-menggal) sesuatu kecil-kecil atau halus-halus: ~ daging; 2. ki membunuh dgn menetak dgn parang dsb: ~ mangsanya dgn sebilah parang; air dicencang, tiada putus prb perselisihan antara saudara akhirnya berbaik juga; ~ memampas, membunuh membangun prb yg bersalah mesti diberi hukuman yg sewajarnya; sepandai-pandai ~, landasan juga yg habis prb walaupun banyak pertolongan, orang yg membuat kenduri (kahwin) juga yg banyak berhabis; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[men.cen.cang] | منچنچڠ
Definisi : 1 memotong sesuatu sehingga menjadi halus-halus; menetak berkali-kali: Tukang masak itu sedang ~ daging. 2 ki membunuh secara menetak dgn parang dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)