Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.cium] | منچيوم

Definisi : 1. menyedut sesuatu dgn hidung (utk mengetahui bau): kalau tidak dicium, manakan tahu busuk wanginya bedak ini; 2. menyedut pipi (ubun-ubun dll) orang dgn hidung: maka baginda pun segeralah memeluk dan ~ anakanda dgn tangisnya; 3. melekatkan atau mengenakan bibir pd sesuatu, mengucup; 4. ki mendapat berita (khabar, tahu, keterangan, dll), mengetahui sesuatu hal yg terselindung (dirahsiakan dll), menjejaki (menyelidiki) rahsia, perkara, hal, dll: belum pun dia habis bercakap, saya sudah dapat ~ maksudnya yg sebenar; 5. bp melanggar, ber­antuk, terbentur (pd): kalau kena penumbuknya, ~ tanah mukamu nanti; 6. menikmati: melainkan tidak akan ~ bau syurga; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.cium] | منچيوم

Definisi : 1 menyedut dgn hidung utk mengetahui baunya; menangkap bau dgn hidung: ~ bunga cempaka. 2 meletakkan hidung pd pipi: Ia memeluk dan ~ anak itu. 3 melekatkan atau mengenakan bibir pd sesuatu; mengucup. 4 ki mendapat atau mengetahui (sesuatu berita dll): Belum apa-apa lagi, kami sudah dpt ~ maksudnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencium

Peribahasa

Anjing dengan tahi,
     tidak makan atau menjilat,
tetapi mencium ada juga.

Bermaksud :

Orang yang biasa berbuat jahat, sekali-sekala teringat juga akan mengulangnya lagi. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Anjing biasa makan tahi, jika tak makan mencium ada juga, b. Kalau anjing biasa makan tahi, tak makan hidu ada juga).

 

Lihat selanjutnya...(4)