[men.cu.ba.kan] | منچوباکن
Definisi : 1. memeriksa utk mengetahui keadaan sesuatu (baik buruknya, sesuai tidaknya, dll), mencuba: silakanlah kita menyabung barang seketimpung kerana ayam beta ini baru hendak dicubakan; 2. menguji (memeriksa) sesuatu dgn menggunakannya: elok kita cubakan pertanyaan itu kepadanya dlm perbincangan itu nanti; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[men.cu.ba.kan] | منچوباکن
Definisi : menggunakan sesuatu utk menguji: Ubat ini sudah dicubakan kpd beribu-ribu orang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)