Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.cu.ku.pi] | منچوکوڤي

Definisi : 1. memadai, lengkap (keperlu­an, keinginan, dll): binatang itu memerlukan makanan yg ~; apabila sudah diperolehnya habuan-habuan yg ~, tinggallah mereka setahun dua di darat; 2. tidak kurang (utk sesuatu hal, keperluan, dll): buku kecil ini tentulah tidak ~ utk menerangkan segala-galanya; pendapatannya tidak ~ utk keperluan hidup diri dan keluarga; 3. bagi menjawab atau membalas (biasanya bkn jawaban dlm surat-menyurat): ~ surat tuan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.cu.ku.pi] | منچوکوڤي

Definisi : 1 tidak kurang utk sesuatu keperluan; cukup utk: Hasil beras negara kita hampir-hampir ~ keperluan dlm negara. 2 memadai atau memenuhi syarat-syaratnya dll: Asal ~ syaratnya, kita terimalah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencukupi

Peribahasa

Dimandikan dengan air segeluk.

Bermaksud :

Pujian yang tidak ada ertinya; pertolongan yang tidak mencukupi.

 

Lihat selanjutnya...(3)