Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.cung.kil] | منچوڠکيل

Definisi : 1. mengeluarkan (melepaskan dll) sesuatu dgn pencungkil, mengorek keluar dgn pencungkil; ~ gigi mengeluarkan sisa makanan dll yg terselit di gigi; ~ kelapa mengeluarkan isi kelapa dr tempurungnya; ~ mata mengeluarkan biji mata; 2. menanam cacar, mencacar; 3. ki memeriksa dgn teliti, membongkar rahsia (kesalahan dll), menge­luarkan sesuatu yg terpendam (tidak diketahui umum dll); ~ rahsia; Hasan mencipta watak-watak asli yg dicungkil drpd keperibadian dan sifat-sifat orang Melayu kampung; ada banyak resepi Melayu tradisional yg masih belum dicungkil oleh majalah ini; bakat-bakat baru berjaya dicungkil; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.cung.kil] | منچوڠکيل

Definisi : 1 mengorek dan menge­luarkan (membuang dll) sesuatu dgn cungkil: ~ tabung. 2 memasukkan benih cacar ke dlm tubuh (utk mencegah penyakit cacar); menanam cacar. 3 ki memeriksa dgn teliti; menyelidik (rahsia dll): Ayah mencuba ~ rahsia yg tersimpan di hati Ahmad. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencungkil