[men.de.ras] | مندرس
Definisi : 1. mengulang membaca Quran (utk memahirkan pembacaan); 2. mengulang kaji (pelajaran): tiap-tiap hari selepas sekolah, dia ~ segala apa yg dipelajarinya di sekolah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[men.de.ras] | مندرس
Definisi : 1. bergerak (mengalir, berjalan, dsb) dgn deras: Ros mengesat-ngesat air matanya yg keluar ~; 2. turun dgn derasnya (lebatnya): hujan ~ dan guruh sahut-menyahut; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[men.de.ras] | مندرس
Definisi : bergerak (berjalan, mengalir) dgn derasnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)